
6 Januari 2025 – Lembaga Pelabuhan Kuantan menghadiri siaran langsung secara atas talian Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 anjuran Kementerian Pengangkutan (MOT) yang diadakan di Dewan Serbaguna MOT.
Dalam amanat tersebut, YB Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, menegaskan bahawa pembangunan sektor pengangkutan akan terus diberi keutamaan untuk memastikan ia lebih inklusif, mampan, dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Antara 6 fokus utama adalah:
- Meningkatkan ketersambungan, kebolehcapaian dan kebolehpercayaan;
- Mengaplikasikan Artificial Intelligence (Al) dan mendigitalisasi;
- Memperkukuhkan keselamatan jalan raya;
- Membudayakan pengggunaan pengangkutan awam;
- Memfokus kepada kemampanan dan kelestarian alam sekitar dan
- Meningkatkan hasil Kerajaan.


Ikuti Facebook Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.