Whistle Blowing

e-Pemberian Maklumat

POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT


Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan tadbir urus korporat, Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga LPKtn atau orang awam melaporkan pelanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik oleh LPKtn dengan lebih berkesan (Rujuk Akta 711, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010).


IDENTITI PENGADU DILINDUNGI


Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Pemberi Maklumat. Dibawah Polisi Perlindungan Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan LPKtn, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang berkaitan.


KAEDAH MEMBUAT LAPORAN

Sebarang aduan boleh dilaporkan menerusi saluran berikut :

1. Hadir sendiri untuk berjumpa atau menghubungi Pegawai Seksyen Integriti di Unit Integriti LPKtn; atau

2. Emelkan aduan ke alamat emel integriti@lpktn.gov.my atau

3. Menghantar surat ke alamat (Surat layang atau surat tanpa penama adalah diterima) :

Unit Integriti
Lembaga Pelabuhan Kuantan,
Peti Surat 161, Tg Gelang ,
25720 Kuantan, Pahang Darul Makmur

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah :

1. Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel (jika tidak dinyatakan, siasatan tetap akan dilaksanakan);

2. Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan;

3. Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan

4. Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.

Kriteria utama pelaporan adalah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.