Berita

Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama Laluan Rel Pertama Pantai Timur (ECRL)

11 Disember 2023 - Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama Laluan Rel Pertama Pantai Timur (ECRL) di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng, Kuantan, Pahang

Ditulis oleh Cara Admin

13-12-2023

11 Disember 2023 - Pengurus Kanan (Korporat dan Pembangunan), Puan Mimi Mazira Mohd Idris dan Pengurus Teknikal, Encik Ruslan Man dari Lembaga Pelabuhan Kuantan telah hadir ke Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama Laluan Rel Pertama Pantai Timur (ECRL) yang diadakan di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng, Kuantan, Pahang.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli menyaksikan proses pemasangan landasan selepas menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Gebeng, Kuantan, Pahang. Turut berangkat ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pemasangan landasan sepanjang 94km dari stesen Kuantan Port City di Gebeng ke Dungun merupakan titik permulaan penting bagi Projek ECRL. Gebeng menjadi lokasi pertama memandangkan material yang digunakan termasuk lokomotif diesel bagi melancarkan proses pemasangan, dibawa ke Malaysia menggunakan kargo yang berlabuh di Pelabuhan Kuantan.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.


Berita Berkaitan

Card image cap
Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia(MITI)

5 April 2024 - Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) ke Pelabuhan Kuantan

Lihat
Card image cap
Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri)

27 Mac 2024 - Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri)

Lihat
Card image cap
Kejohanan Golf Jemputan Sempena Ulang Tahun Ke-50 Pelabuhan Kuantan

9 Mac 2024 - Kejohanan Golf Jemputan Sempena Ulang Tahun Ke-50 Pelabuhan Kuantan

Lihat
Card image cap
Lawatan Kerja Oleh YB EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang

11t Mac 2024 - Lawatan Kerja Oleh YB Tuan Ir. Razali Bin Kassim, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang

Lihat
Card image cap
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 & Jasamu Dikenang 2024

7 Mac 2024 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 & Jasamu Dikenang 2024

Lihat