BAHASA: Bahasa lain
SAIZ TEKS:
WARNA TEMA:

red blue warna

Kalendar Aktiviti

Oktober 2017
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Galeri Media

Kod QR LPKtn

qr code

Layari Laman LPKtn Melalui
Telefon Pintar Anda.

Undian

Pendapat anda mengenai laman web baru LPKtn?

Sangat Bagus - 43.2%
Memuaskan - 24.2%
Baik - 15.8%
Boleh diperbaiki - 16.8%

Media Sosial

 fbtwittertwitter

youtube

1. Apakah perbezaan antara Lembaga Pelabuhan Kuantan dan Kuantan Port Consortium Sdn Bhd


Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertindak sebagai Badan Kawal Selia dan Fasilitator untuk Pelabuhan Kuantan. Manakala Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. merupakan pengendali pelabuhan yang dilesenkan untuk melaksanakan operasi di Pelabuhan Kuantan

2. Apakah waktu bekerja di Lembaga Pelabuhan Kuantan ?


Waktu bekerja adalah mengikut Waktu Bekerja Berperingkat mengikuti Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 tahun 2007 iaitu seperti berikut :

Namun waktu urusan yang melibatkan Permohonan Kargo Bahaya dan Pemakluman Keselamatan Kapal adalah 24 jam.

3. Bagaimana cara untuk saya hubungi Lembaga Pelabuhan Kuantan?


LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN (LPKtn)
Tanjung Gelang, Peti Surat 161,
25720 Kuantan,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Emel: info[at]lpktn[dot]gov[dot]my
Tel: 09-5858000
Fax: 09-5833866

Atau mengisi borang maklum balas yang terdapat di laman web Lembaga Pelabuhan Kuantan.

1.Bagaimana pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan pengendalian kargo bahaya di Pelabuhan Kuantan?


Maklumat berkaitan kendalian kargo bahaya boleh diperolehi dari laman web http://edg.lpktn.gov.my/dgweb/v2/

2. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap agen yang tidak menghantar permohonan pengisytiharan kargo bahaya?


Kargo bahaya tidak akan dibenarkan untuk di muat naik/turun dari kapal sehingga permohonan diluluskan.

3. Bagaimanakah pengendalian kargo bahaya KPA Group 2?


Kargo bahaya Group 2 perlu dibuat secara penghantaran terus samaada dari kapal terus keluar dari pelabuhan atau dari luar pelabuhan terus ke kapal. Walau bagaimanapun, simpanan sementara selama 48 jam dalam kawasan pelabuhan dibenarkan di bawah keadaan-keadaan tertentu.

1. Bagaimana saya boleh mengetahui mengenai tahap keselamatan di Pelabuhan Kuantan?


Tahap keselamatan Pelabuhan Kuantan dipaparkan di laman sesawang Lembaga Pelabuhan Kuantan di bahagian Pengumuman Penting atau maklumat boleh diperolehi daripada MTSO Pelabuhan Kuantan.