BAHASA: Bahasa lain
SAIZ TEKS:
WARNA TEMA:

red blue warna

heading

Fungsi Dan Peranan

  1. Melaksanakan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam undang-undang dan peraturan. Akta-akta utama ialah Akta Lembaga Pelabuhan, 1963 dan Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990;
  2. Mengeluarkan lesen kepada pengendali pelabuhan iaitu KPC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti operasi pelabuhan dan menghadkan pengeluaran lesen aktiviti-aktiviti lain kepada yang tidak bertentangan dan bercanggah dengan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan dalam lesen yang dikeluarkan oleh LPKtn kepada KPC;
  3. Menetapkan dan mengawal standard dan prestasi perjalanan aktiviti-aktiviti pelabuhan;
  4. Menetapkan dan mengawal standard penyediaan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan oleh pengendali yang dilesenkan;
  5. Mengawasi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kawasan pelabuhan;/li>
  6. Melulus dan menyelia aktiviti pembangunan yang dilaksanakan oleh KPC berdasarkan peruntukan Akta Lembaga-lembaga Pelabuhan, 1963 dan Perjanjian Penswastaan;
  7. Mengawal aktiviti marin melalui Jawatankuasa Pemaliman berkaitan tatalaku malim, keselamatan perairan dan kemalangan marin;
  8. Melesen malim-malim pengendali berlesen;
  9. Mengawal dan menyelia tarif yang dikenakan kepada pengguna pelabuhan;
  10. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pelabuhan;
  11. Bertindak selaku tuan tanah dengan memastikan kegunaan tanah sempurna seperti yang dirancangkan dan tiada perubahan kepada struktur pelabuhan dan bangunan dilakukan tanpa kelulusan;
  12. Membantu Kerajaan Pusat khasnya Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan Pelabuhan dan kawasan sekitar termasuk perancangan jangka panjang;
  13. Membantu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan KPC dalam memperkenalkan dan memasarkan pelabuhan;
  14. Mewujudkan dan menyelaraskan sistem maklumbalas bagi pengguna-pengguna pelabuhan berhubung dengan prestasi pengendali pelabuhan;
  15. Mengumpul data-data statistik dan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pelabuhan;
  16. Membekalkan data-data statistik dan maklumat-maklumat kepada badan-badan yang sah;
  17. Melayan pertanyaan berkaitan perkara-perkara yang berhubung dengan pelabuhan;
  18. Bertindak sebagai pengantara sektor swasta dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan pelabuhan;
  19. Bertindak sebagai badan penasihat dalam perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti pelabuhan;
  20. Menggalakkan kegiatan penyelidikan berkaitan pelabuhan;
  21. Menyelia dan memastikan keselamatan pelabuhan dan aktiviti-aktiviti serta kargo diurus dengan teratur dan berkesan; dan
  22. Menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran pelabuhan;

 

 

 

 

 

Kalendar Aktiviti

Jun 2017
A I S R K J S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

Galeri Media

Kod QR LPKtn

qr code

Layari Laman LPKtn Melalui
Telefon Pintar Anda.

Undian

Pendapat anda mengenai laman web baru LPKtn?

Sangat Bagus - 43.2%
Memuaskan - 24.2%
Baik - 15.8%
Boleh diperbaiki - 16.8%

Media Sosial

 fbtwittertwitter

youtube