LANGUAGES: Other Languages
TEXT SIZES:
THEME COLORS:

red blue warna

heading

Free Commercial Zone

Notification Of The Gazetted Kuantan Port Free Zone

Pada 11 Mac 2019, Menteri Kewangan telah membuat Pemberitahuan Zon Bebas (Kawasan Yang Diisytiharkan) 2019 melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 13 Mac 2019 berujukan P.U.(B)134 dengan mengisytiharkan Pelabuhan Kuantan, Malaysia sebagai suatu kawasan Zon Perdagangan Bebas berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Lembaga Pelabuhan Kuantan telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai “Pihak Berkuasa Zon Bebas”
untuk mentadbir, menyenggara, mengendali dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan kawasan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merujuk kepada AKTA ZON BEBAS 1990 (AKTA 438) pindaan terkini bagi menjalankan aktiviti perdagangan dan pengendalian yang berkaitan di Pelabuhan Kuantan, Malaysia.

Sila Rujuk Pekeliling Bil. 1/2019 - Notis Pewartaan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan

Kuantan Port Free Commercial Zone (Layout)

anchor

Kuantan Port Free Zone Gazette Plan

 GAZZETTE PLAN

Activities

Seksyen 4, Akta Zon Bebas 1990 memperuntukan:

"Apa-apa jenis barang-barang dan perkhidmatan kecuali bagi yang dilarang dengan tertentu dan mutlak oleh undang-undang, boleh dibawa masuk,
dikeluarkan, dihasilkan atau dibekalkan dalam suatu Zon Bebas TANPA BAYARAN apa-apa duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan
."


Zon Bebas Pelabuhan Kuantan diwujudkan dengan tujuan membenarkan aktiviti perdagangan seperti dibawah
untuk menggalakkan kehidupan ekonomi negara serta maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

  • Import 
  • Eksport Semula
  • Pindah kapal (Transhipment)
  • Pengedaran
  • Pergudangan (Storage)
  • Perniagaan secara pukal (bulk trading) 
  • Konsolidasi
  • Nilai tambah seperti memecah pukal, menggred, pembungkusan semula, melabel semula, transit dan proses-proses lain tidak termasuk proses pengilangan

Reference Documents

No

Pergerakan Berkaitan

Jenis Borang

Catatan

1

Barang-barang memasuki Zon Bebas dari luar Malaysia.

ZB1 (Import)

i.      Daftar Muatan Import

ii.    Lesen/Permit Import

2

Barang-barang yang keluar dari Zon Bebas untuk diekport kenegara-negara luar Malaysia.

ZB1 (Eksport)

i.      Daftar Muatan Eksport

ii.    Lesen/Permit Eksport

3

Barang-barang dipindah kapal di Zon Bebas

ZB1(Transhipment)

i.      Daftar Muatan Transhipment

4

Aktiviti Nilai Tambah

ZB4

i.      ZB1 (Import)

ii.    Invois, Packing List dsbnya

5

Barang-barang yang dibawa masuk ke dalam Zon Bebas dari Kawasan Utama Kastam

Kastam No. 2

i.      Anggap sebagai Eksport

6

Barang-barang yang dibawa keluar dari Zon Bebas ke dalam suatu Kawasan Utama Kastam

Kastam No. 1

i.      Anggap sebagai Import

ii.    Duti/Cukai perlu dibayar

7

Mengeksport barang-barang dari kawasan Utama Kastam melalui Zon Bebas tetapi tidak bercadang untuk mendeposit barang-barang dalam Zon Bebas

Kastam No. 2

i.         Anggap sebagai Eksport

8

Barang-barang yang dieksport dari Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam

Kastam No. 8

i.      Guna kenderaan yang diluluskan

ii.    Jaminan Bank

iii.   Lesen/permit Eksport

9

Pemindahan barang-barang dari Gudang Berlesen, Gudang Pengilangan Berlesen atau Depo Pelepasan Dalaman ke satu Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam.

Kastam No. 8

i.      Pergerakan Transit

ii.    Guna kenderaan yang diluluskan

iii.   Jaminan Bank

10

Pergerakan barang-barang dari Zon Bebas ke satu Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam.

Kastam No. 8

i.      Pergerakan Transit

ii.    Guna kenderaan yang diluluskan

iii.   Jaminan Bank

11

Pergerakan barang-barang dari luar negara ke dalam Zon Bebas melalui Kawasan Utama Kastam

Kastam No. 8

i. Pergerakan Transit

ii. Guna kenderaan yang diluluskan

iii. Jaminan Bank

Circular

Notice Of Impose Of Kuantan Port Free Zone Charges

 

 

Activity Calendar

September 2019
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 1 2 3 4 5

Media Gallery

KPA QR Code

qr codeBrowse KPA website
using your smart phones

 

 

Vote

Your opinion about new website KPA?

Awesome - 39.4%
Great - 32.5%
Good - 27.9%
Nice - 0.2%

Media Sosial

 fbtwittertwitter

youtube